Ustaz Yusof 071018

Kuliah Subuh

✓ Ketetapan Allah SWT tidak siapa dapat menghalang. Kejadian gempa bumi dan tsunami di Indonesia yang meragut beribu nyawa adalah beberapa contoh.

✓ Setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ada juga tugas yang wajib keatas seluruh umat. Bagi setiap mukmin menjadi fardhu Ain untuk berdakwah menyampaikan risalah agama Islam.

✓ Meyampaikan risalah agama Allah SWT memerlukan pendekatan yang berbeza mengikut suasana. Walaubagaimanapun dakwah itu tetap dijalankan. Contohnya di Mesir dakwah yang dijalankan oleh Ikwan tetap berjalan walaupun ditindas dengan zalimnya oleh pemerintah.

✓ Didalam zaman moden ini terdapat banyak berita yang bersangkut-paut dengan hal ehwal ummah. Ada berita yang benar dan tak sikit juga berita yang tidak benar. Berita palsu ini akan merosakkan hubungan antara ummah yang dapat melemahkan ukhwah Islamiah.

✓ Ikhlas dan beramanah adalah sikap bagi setiap daei didalam menyampaikan risalah agama Islam. Tidak patut melakukan fitnah untuk menjatuhkan karakter sesaorang. Malah perlulah bekerjasama membina masyarakat.

✓ Berbohong adalah satu penyakit didalam tugas untuk menyampaikan dakwah Islamiah. Kerana berbohong akan hilangnya kepercayaan masyarakat kepada kesucian agama Islam.

✓ Rasulullah SAW dan para sahabat bersama sama dengan masyarakat. Mereka tidak melambangkan budaya bangsawan malah mereka bersusah payah bersama masyarakat yang susah.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914