Ustaz Rahmatullah 011018

Kuliah Maghrib

✓ Kadangkala hidup didunia ini melalaikan kita. Tak tahu pun apa yang akan ditempuhi diakhirat kelak. Melainkan orang yang beriman dan beramal Soleh.

✓ Mereka yang menjauhkan diri daripada maksiat hatinya akan lembut. Senang beribadat dan banyak beristighfar.

✓ Mereka yang meninggal akan makanan yang haram. Maka fikirannya baik.

✓ Mentaati perintah Allah SWT serta menjauhkan diri dari maksiat maka selamatlah hidup orang mukmin dunia dan akhirat.

✓ Apa sahaja perintah Allah SWT pasti ada kebaikan. Sekiranya ditolak perintahNya pasti ada keburukan.

✓ Takwa adalah perkara yang penting bagi seorang mukmin. Menentukan hidup manusia menjadi mulia atau sebaliknya

✓ Mereka yang taat akan perintah Allah SWT maka akalnya akan menjadi hebat.

✓ Mereka yang melakukan perbuatan syirik, Allah SWT akan jatuhkan kedudukan nya dan hina.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914