Ustaz Azman 211018

Kuliah Subuh

✓ Iman didalam hakikatnya adalah membenarkan didalam hati akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW

✓ Melafazkan dua kalimah syahadah itu belum memenuhi kehendak iman. Ada juga orang bukan Islam yang boleh lafaz syahadah. Bila ditanya sudah memeluk Islam dijawapnya belum lagi

✓ Lafaz syahadah merupakan Syarat untuk diperlakukan hukum Islam didalam dunia ini sahaja. Pada hakikatnya sama ada dia benar-benar beriman hanya Allah SWT yang menilainya

✓ Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi akhlaknya tidak melambangkan yang dia seorang yang beriman. Bila dinasihati dengan baik tidak mahu menerimanya

✓ Beriman kepada Allah SWT itu cukup bila dia membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW Didalam hatinya sahaja. Tetapi bagi manusia lain untuk mengetahui imannya perlulah dilafazkan. Supaya dapatlah diperlakukan hukum syariat keatasnya. Seperti bab kahwin, faraid, mati dan yang lain-lain lagi

✓ Oleh demikian janganlah kita semudahnya melabelkan sesaorang itu manusia yang tidak beriman. Walaupun dia tidak melafazkan. Jangan dicaci. Kerana iman itu hanya Allah SWT yang dapat menilainya. Manusia tidak layak mengkafirkan sesaorang.

✓ Walaupun sesaorang itu melafazkan syahadah itu dengan lidah. Tetapi hatinya tidak meredhai akan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Maka dia tidaklah diterima keimanannya. Tempatnya di neraka.

✓ Seorang mukmin tidak boleh mengkafirkan sesaorang selepas dia melafazkan syahadah. Melainkan dengan jelas dia melakukan perbuatan syirik. Seperti menyembah berhala dan sebagainya.

✓ Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914