Ustaz Jeffry 201018

Kuliah Maghrib

✓ Islam adalah satu agama yang menyeluruh. Termasuk hal individu, famili, komuniti, negara dan antara bangsa.

✓ Tiada ada agama lain yang menyeluruh sama seperti agama Islam

✓ Asas agama Islam adalah tauhid. Mengisakan Allah SWT. Tiada ada yang mempersekutukan dengan NYA.

✓ Yakin akan wujudnya Allah SWT. Menyaksikan dengan hati bahawa Allah SWT yang menjadikan segala yang berada didalam Alam ini. Yakin bahawa alam ini ada kerana dijadikan Allah SWT.

✓ Tauhid akan menimbulkan jiwa kehambaan didalam diri seorang mukmin. Berbeza dengan jiwa seorang yang bersifat tuan. Begitu juga ketauhidan juga akan menjauhi jiwa yang liberal daripada hukum agama. Apabila seseorang itu yakin kepada Allah SWT maka dia juga yakin dan taat kepada hukum-hukum NYA.

✓ Sifat sombong itu adalah sifat iblis. Apabila Allah SWT memerintahkan malaikat dan iblis tunduk menghormati kejadian baru Allah SWT ia itu Adam. Para malaikat patuh akan perintah tersebut. Tetapi iblis enggan. Sombong yang dia lebih mulia daripada Adam. Sifat tersebut dilaknat oleh Allah SWT

✓ Agama fitrah bagi manusia hanyalah Islam. Apabila manusia menjauhkan diri daripada Islam dia sebenarnya telah tersasar daripada fitrah kemanusiaan itu sendiri. Kefahaman yang lain daripada Islam adalah kafir. Akan membawa kemusnahan kepada 'civilization' manusia itu sendiri. Kefahaman komunisme, kapitalisma, liberalisma dan seumpamanya akan membawa kemusnahan.

✓ Tamadun moden manusia hari ini berpaksi kepada kefahaman sekular. Dimana hukum Allah diketepikan. Sesiapa yang cuba menghidupkan cara hidup Islam akan dicop kan sebagai ekstrimis dan berbagai label yang negatif. Sistem yang diilhamkan iblis. Jauh daripada ajaran Rasulullah SAW.

✓ Sebagai balasan akan kepercayaan tersebut, Allah SWT menurunkan bala' agar manusia akan sedar akan kehadiran mereka. Tetapi ramai yang masih tidak mahu beriman. Masih degil dengan kekafiran mereka. Nauzubillah...

✓ Agama disisi Allah SWT hanyalah Islam. Yang lain daripada Islam ditolak diakhirat kelak. "… Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu…" [al-Mâidah/5:3]

✓ Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

QS. 'Ali `Imran [3] : 85

✓ Taghut adalah manusia yang zalim. Yang menjauhi daripada agama. Menyembah berbagai tuhan selain daripada Allah SWT. Ambil logik sebagai agama. Ambil nafsu sebagai cara hidup. Malah banyak negara BARAT menjadi taghut sebagai pimpin mereka. Mereka telah menolak agama. Tolak akan segala ajaran yang berpaksi dengan wahyu Allah SWT. Mereka tidak percaya kepada hari akhirat.

✓ Untuk berjaya hidup didunia dan akhirat adalah hidup cara beragama. Agama disisi Allah SWT hanyalah Islam. Maka orang-orang yang beriman hendaklah kembali kepada fikrah Islam.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914