Ustaz Nizam UIA 061018

Kuliah Subuh

✓ Apa yang dilarang oleh Rasulullah SAW hendaklah ditinggalkan

✓ Apa yang disuruh oleh Baginda hendaklah dijalankan semampunya

✓ Bagi orang yang beriman, percaya bahawa Allah SWT melantik beberapa rasul. Seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

• Orang Islam hanya melaksanakan sunnah Nabi Muhammad. Tidak mengamalkan sunah Nabi yang lain.
• Mereka tetap beriman kepada semua Nabi Nabi yang diwahyukan

✓ Bagi orang yang menolak hadith Rasulullah SAW kerana tidak yakin dengan periwayat hadith tersebut..

  • Tapi dia masih beriman kepada Nabi Muhammad
  • Jadi dia tidaklah ditakrifkan sebagai kafir
  • Tetapi dia ini menyeleweng daripada pegangan para ulama

✓ Para rasul mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Para ulama menyatakan empat sifat...

    • Sidiq
    • Amanah
    • Tabligh
    • Fatonah

✓ Rasulullah SAW mempunyai sifat tabligh. Menyampaikan segala wahyu Allah SWT. Walaupun yang disampaikan susah diterima masyarakat.

   • Masyarakat Arab tidak berkahwin dengan bekas isteri atau suami anak angkat mereka.
   • Ayat Qur'an membenarkan perkahwinan tersebut.
   • Maka Baginda meyampaikan hal tersebut walaupun dia tahu yang bertentangan dengan budaya masyarakat Arab ketika itu.

✓ Perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW hendaklah diterima.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914