Ustaz Zaki 19/10/18
Kuliah Maghrib
✓ Agama Allah SWT daripada dahulu lagi mesejnya sama. Iaitu beriman dengan mentauhidkan Allah SWT tanpa mempersekutukan dengan apa sahaja yang lain.
✓ Nabi Ibrahim RA menganjakkan masyarakatnya agar beriman kepada Allah SWT sahaja. Tetapi mereka tetap dengan penyembahan berhala. Rajanya Namrud merupakan kepala musyrik.
✓ Apa sahaja perintah Allah SWT wajiblah seseorang beriman patuh dan yakin dengan hukum NYA
✓ Tidaklah dibolehkan seorang mu'min menyokong perbuatan maksiat. Menredhakan perbuatan maksiat secara diam atau terbuka. Perbuatan tersebut boleh membawanya kepada syirik.
✓ Apabila ada orang yang memburukkan agama Allah SWT janganlah seorang yang beriman menredhakan nya. Berdoalah kepada Allah SWT agar kita dihindari dari bala'.
✓ Begitu juga sekiranya ada orang yang ingin mengetahui tentang agama Islam. Jangan sekali-kali ada orang beriman yang menghalangnya. Malah perlulah dia memberi penerangan yang baik atau membawa kepada siapa yang dapat membantu.
✓ Apabila terjadi sesuatu kejadian janganlah orang beriman menyatakan yang perkara itu terjadi dengan sendirinya. Malah hendaklah orang yang beriman menyatakan bahawa kejadian itu berlaku kerana kehendak Allah SWT.
✓ Ramai yang mengucapkan "sudah sampai masanya", bila terjadi satu musibah. Perkara ini juga salah disisi ilmu tauhid. Perlu menyatakan apabila terjadi sesuatu musibah " Innalillahi wainna lillahirajiun"
✓ Seorang yang beriman perlu mengetahui maksud dan natijah " Asmaul Husna". Sila ke laman ini: https://shafiqolbu.wordpress.com/asmaa-ul-husna/maksud-dan-makna-asma-ul-husna/
✓ Perintah Allah SWT kepada umat Islam terdapat didalam Al Quran dan hadith Rasulullah SAW. Jika kita menolaknya maka kufurlah sesaorang itu.
✓ Perintah solat itu adalah supaya ia mendirikan agama didalam diri sesaorang itu. Jadi jika ia menolak solat samalah seperti seseorang itu meruntuhkan agamanya.
✓ Orang yang beriman hendaklah YAKIN dengan segala perintah Allah SWT
✓ Wassalam

Comments