Ustaz Rahmatullah 161018

Kuliah Maghrib

✓ Ramai para sahabat semasa baru memeluk Islam disiksa oleh kaum musyrikin. Mereka sanggup melaluinya kerana iman yang kuat. Cahaya iman sudah memasuki jiwa mereka.

✓ Keluarga Amar Yasir diseksa...

    • Digemur tengah panas sambil dipakaikan baju besi
    • Sumaiyah dibunuh dengan disula
    • Yasir dibunuh dengan dicarik badannya dengan ditarikan oleh seekor kuda

✓ Apabila sesaorang itu hilang iman. Mencintai dunia. Lupa akan hari pengadilan diakhirat kelak. Cinta dunia secara loba, hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun perkara maksiat. Jatuhlah martabat nya.

✓ Ramai yang mengelakkan diri daripada membayar zakat dengan berbagai helah. Tunggulah akan tiba bala' kerana maksiat tersebut.

✓ Begitulah juga apabila ramainya peminum arak dan pelaku zina akan datanglah bala' daripada Allah SWT.

✓ Digalakkan orang beriman berkawan dengan orang-orang yang baik. Menghindar diri daripada berkawan dengan orang-orang yang suka melakukan maksiat.

✓ Kemurkaan Allah SWT kepada kaum Israil kerana mereka tidak menegur orang yang melakukan maksiat. Malah mereka bersengkokol dengan pelaku maksiat.

✓ Orang yang beriman perlulah menjauhkan diri daripada orang yang melakukan maksiat. Uzlah kan diri.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914