Ustaz Razman 071018

Kuliah Maghrib

✓ Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat secara yang ikhlas. Bila mengerjakan ibadah dia akan merasakan kemanisannya.

✓ Melepaskan diri daripada riya' walaupun kecil. Perlu 'reset' balik hatinya supaya fokus mengerjakan apa sahaja amalan semata-mata kerana Allah SWT.

✓ Semasa melakukan ibadah hendaklah 'uzlah' dirinya daripada hal ehwal keduniaan. Agar mencapai ketenangan.

✓ Contoh 'uzlah' adalah seperti seorang mengerjakan ibadah didalam masjid. Rasa tenang didalam masjid berlainan dengan ketika beribadah di rumah sahaja. Solat, zikir, membaca Al Quran dan menghadiri satu majlis ilmu didalam masjid, hati akan lebih tenang. Kurang ingat masalah duniawi.

✓ Ketika seseorang sedang bersolat. Dengan khusyuk dan fokus. Segala apa disekelilingnya sudah tidak disedari. Diri dan hatinya semasa bersolat hanya kepada Allah SWT. Akan tercapai ketenangan. Solat itu merupakan situasi 'uzlah' akan hal duniawi.

✓ Menyepikan diri didalam masjid, adalah satu peluang untuk diri memfokuskan fikiran kepada persoalan ibadah. Buangkan seketika segala pemikiran yang bermain diminda mengenai beribu soal duniawi. Pada saat itu hati akan lebih tenang.

✓ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin radhiyallahu 'anhu, 'Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 'Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian." (Diriwalatkan Muslim)

✓ Uzlah hati agar bersendirian dengan Allah SWT. Jauhkan diri daripada segala bentuk maksiat. Agar mendapat ketenangan dan rahmat NYA.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914