Ustaz Firdaus 141018

Kuliah Subuh

✓ Orang-orang yang beriman bersungguh sungguh didalam mencontohi Rasulullah SAW Didalam setiap sudut kehidupannya

✓ Semasa dizaman mula mula Baginda menyampaikan risalah Islam, menghadapi tentangan daripada masyarakat Mekah. Termasuk kaum keluarga .

✓ Baginda dan para sahabat bersabar kerana beberapa faktor...
    • Keimanan kepada Allah SWT
    • Kuat memegang dengan ajaran Qur'an

✓ Zaid Harithah hidup bersama Nabi Muhammad. Diambil sebagai anak angkat baginda. Dia banyak berbakti dengan sebaiknya kepada Nabi Muhammad.

✓ Pada mulanya Zaid membinkan namanya kepada Nabi Muhammad. Tetapi ditegur Allah SWT dalam Al Quran.

✓ Semasa Rasulullah SAW pergi ke Taif untuk mengembangkan agama Islam. Zaid bersama sama dengan Baginda.

✓ Didalam perjalanan baginda ke Taif , setaip qabilah yang Baginda temui dianjakkan mereka kepada Risalah Islam.

✓ Setelah sampai di Taif, Rasulullah SAW bertemu dengan ketua qabilah untuk berdakwah. Tetapi dicemuh dan dihalau baginda dari Taif. Rasulullah SAW Dan Zaid dibaling dengan batu sehingga baginda luka ditumitnya. Zaid luka di kepalanya kerana dia cuba melindungi Rasulullah SAW.

✓  Baginda terus kembali ke Mekah. Sampai di Qarnul Manazil baginda berhenti berehat. Jibrail datang menemui baginda menyatakan jika perlu akan diranapkan Taif beserta penduduknya. Baginda menolak tawaran Jibrail. Berdoa kepada Allah SWT agar akan wujudkan disatu hari masa hadapan orang orang yang beriman dikalangan penduduk Taif nanti.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914