Masjid AL Huda 240319

Kuliah Subuh

✓ Dari Anas bin Maalik radliyallaahu 'anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Barangsiapa yang suka diluaskan rizkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim" [Shahiih Al-Bukhaari].

✓ Allah SWT melaknat...
     • Mempersekutukan Allah SWT dengan makhluk yang lain
     • Melakukan kerosakan didunia ini
     • Memutuskan tali silaturrahim

✓ Apabila dilaknati Allah SWT, maka sesaorang itu sudah tidak dapat mencari jalan kearah kebaikan. Ditutup pandangannya hingga yang maksiat pun dilihat seperti biasa sahaja. Begitu juga bila orang lain melakukan kebaikan dia tidak melihat kebaikan tersebut.

✓ Hubungan silaturrahim dengan yang wajib perlulah dijaga. Ianya ada kesan keatas barakah rezeki dan usia sesaorang. Diberkati hidupnya dengan perkara yang baik.

✓ Hubungan anak dengan ibu bapa wajib dijaga dengan baik. Ada tanggungjawab anak terhadap kedua orang ibu bapanya. Anak lelaki wajib menjaga ibu bapanya.

✓ Berbuat baik dengan ahli keluarga adalah jalan yang dituntut keatas setiap mukmin. Walaupun orang lain tidak berbaik dengan kita...

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914