Ustaz Shamsuddin 160319

Kuliah Subuh

✓ Keadaan senang dan susah yang kita alami semua nya datang daripada Allah SWT.

✓ Ada kalanya didalam kesusahan dapat kita mendapat nikmat yang tidak terduga. Bagaikan didalam kegelapan malam terdapat juga faedah kepada diri kita

✓ Didalam kehidupan ini kita pernah melalui suasana senang. Tapi ada juga suasana yang begitu sempit. Kita mahukan sesuatu tetapi setelah berusaha bersungguh sungguh tetapi masih juga tidak dapat.

✓ Kesusahan, kesedihan, kemelaratan adalah satu perasaan yang susah. Metafora nya seperti malam. Dan kesenangan itu bagaikan siang. Keadaan malam dan siang adalah ketentuan Allah SWT.

✓ Bagi orang-orang yang tinggi imannya segala kesusahan dan kesenangan datang daripada Allah SWT. Mereka redha akan keadaan itu. Mereka memuji dan banyak berzikir dan beribadat kepada Allah SWT. Malah lagi kuat ujian itu lagi banyak ibadat mereka. Dalam kesusahan mereka mendapat kesenangan dan ketenteraman.

✓ Ada juga orang yang beriman apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur. Lagi kuat amalan ibadat mereka. Tetapi orang yang ahli ibadah rasa cemas didalam kesenangan kerana khuatir akan dilindungi oleh hawa nafsu. Takut kerana senang itu menjauhkan dirinya daripada Allah SWT.

✓ Bagi orang yang beriman hubungan mereka dengan Allah SWT sama sahaja didalam kesusahan dan kesenangan. Sikap bersyukur dan sabar kuat didalam diri mereka. Selalu berdoa kepada Allah SWT agar selamat didalam dunia dan akhirat. Ketika senang ataupun susah.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914