Ustaz Jefry 160319

Kuliah Maghrib

✓ Wadah Islam berasaskan kepada tauhid. Apa sahaja yang dilakukan mengikut hukum syara'.

✓Begitulah juga didalam hal keadilan, sistem kehakiman Islam berasaskan kepada dalil Quran dan Hadith sahih.

✓ Sistem ekonomi masyarakat Islam juga berasaskan kepada hukum syariat. Berjimat cermat adalah asas bagaimana dibelanjakan kekayaan harta.

✓ Islam juga tidak suka akan perangai kedekut dan bakhil. Harta setiap individu terdapat juga bahagian asnaf yang ditentukan Allah SWT. Islam juga suka umatnya memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.

✓  Didalam surah Saba ayat 39 Allah SWT berfirman, Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

✓ Islam juga menggalakkan umatnya menjelajah setiap penjuru dunia untuk menikmati rezeki yang Allah SWT anugerahkan. Firman Allah SWT didalam Surah AL Mulk ayat15: Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya

✓ Perkahwinan adalah fokus utama didalam sistem kekeluargaan umat Islam. Tidak digalakkan umat mukmin hidup berbujang kepada yang mampu. Dibolehkan seorang lelaki berkahwin sehingga empat orang . Mengikut syarat syarat yang tertentu. Ini adalah untuk membina umat yang keturunannya baik serta bebas daripada berlakunya perzinaan. Dijauhkan daripada mempunyai anak anak luar nikah yang tidak ketahuan keturunannya.

✓ Budaya orang beriman berasaskan kepada ilmu dan fakta yang tepat. Umat Islam kuat membaca. Tidak tinggal daripada mempelajari Al Quran. Itulah punca ilmu yang diterokai orang mukmin. Ilmu sains, matematik, satera dan falsafah. Ilmuan Islam menghasilkan berpuluh ribu judul kitab didalam berbagai bidang.

✓ Kewajipan setiap umat menjaga diri dan keluarga daripada api neraka. Ia itu menjauhkan diri daripada jalan syaitan. Yakin bahawa syaitan itu adalah musuh orang mukmin.

✓ Sistem kekeluargaan didalam Islam adalah penting. Kerukunan hidup didalam perkahwinan adalah asas didalam sistem famili. Kasih sayang perlu dijaga sehingga ke akhir hayat.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914