Ustaz Nizam UIA 020319

Kuliah Subuh

✓ Beriman kepada qadha dan qadar Allah SWT merupakan satu daripada enam rukun iman.

✓ Setiap qadha dan qadar yang berlaku keatas diri kita adalah ketentuan Allah SWT

✓ Walaupun perkara yang berlaku adalah diatas kehendak Allah SWT, tetapi tidaklah bererti kita hanya pasif menunggu sahaja akan ketetapan itu tanpa berusaha. Allah SWT menghendaki kita berusaha didalam setiap perbuatan yang diwajibkan keatas diri kita.

✓ Apabila kita sakit, yang menyembuhkan adalah kehendak Allah SWT. Tetapi sebagai hamba perlulah kita berusaha mencari ubat yang bersesuaian. Kita perlu berusaha.

✓ Qadha adalah ketetapan NYA. Qadar merupakan rancangan NYA. Orang beriman perlulah berusaha. Berjaya atau tidak adalah kehendak Allah SWT. Setelah berusaha barulah menyerah kepada Allah SWT.

✓ Kewajipan setiap orang yang beriman menjaga kesihatan masing-masing. Tetapi setelah berusaha tetapi kena juga penyakit , makan kenalah dia menerima hakikat ini. Perlulah dia bersabar menghadapi dugaan tersebut.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914