Ustaz Nazri 250319

Kuliah Maghrib

✓ Surah At- Takaathur ayat 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),

✓ Orang yang beriman menggunakan kekayaan sebagai instrumen untuk berbakti kejalan Allah SWT. Berlawan dengan orang yang lalai dengan kekayaannya, leka dan lalai menunaikan tanggungjawab kepada agama Allah SWT.

✓ Begitu juga dengan anak anak. Kadang kala kita lalai dengan kerenah anak anak hingga lupa akan tanggungjawab kepada agama Allah SWT.

✓ Sehingga dia dah tua umurnya tetapi tetap juga mencintai keduniaan. Masih suka mengumpulkan harta dan kemewahan. Tidak mahu meninggalkan dunia yang disayanginya. Tetapi apa hal dengan dosa dosanya. Apa kah tindakannya? Sudahkah dia bertaubat...

✓ Bila hartanya musnah, dia akan merasa sedih tidak terhingga. Tetapi jika anak anaknya tidak mengerjakan solat dia tidak merasa sedih pun...

✓ Dunia yang kita kejar hingga leka akan agama tidak boleh dibawa bersama selepas kita mati. Tetapi harta yang diinfaqkan akan mengalir pahalanya selepas hayat kita.

✓ Tiga perkara yang ikut kekuburnya. Harta, Keluarga dan Amalan yang Soleh. Yang balik adalah harta dan keluarganya. Yang bersamanya adalah amalan yang Soleh...

✓ Manusia apabila sudah sampai umur tua masih juga mencintai harta kekayaan dunia. Dan juga kuat angan-angan...

✓ Kekayaan yang di infak akan menjadi harta sipemberi selepas mati kelak.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914