Ustaz Rahmatullah 110319

Kuliah Maghrib

✓ Perkara yang disukai Rasulullah SAW
     • Bauan yang wangi
     • wanita (isteri Baginda)
     • solat

✓ Baginda suka akan bauan yang wangi. Dia memang berbau wangi jika dibandingkan dengan orang lain. Lebih wangi bau Baginda daripada wangian kasturi.

✓ Apabila bersama dengan isteri isteri baginda. Dia cukup menjaga hubungan baik dengan para isterinya.

✓ Solat baginda tiada tandingan. Baginda cukup tenang semasa bersolat.

✓ Para sahabat juga rasa gembira apabila berada bersama baginda. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengembirakan baginda.

✓ Mereka para sahabat akan berlumba lumba melakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW. Apabila satu ketika umat mukmin menghadapi kesukaran mendapat air. Telaga yang ada dibandar Madinah kepunyaan orang Yahudi. Baginda meminta para sahabat yang mempunyai kemampuan membeli telaga tersebut. Saidina Othman Bin Affan  terus membelinya.

✓ Rasulullah SAW pernah bertanya Saidina Jibrail apa yang disukainya jika dia menjadi penduduk dunia. Dia menjawab
     • Memberi peringatan kepada orang kejalan yang diredhai Allah SWT
     • Menolong orang didalam musafir
     • Membantu kaum keluarganya

✓ Jibrail AS menyatakan Allah SWT suka akan hambanya yang....
    • Bersungguh sungguh didalam ketaatan
    • Menangis memohon keampunan
    • Bersabar menghadapi kemiskinan

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914