Ustaz Ali 120319

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat yang merendah diri. Seperti Amirul mukminin Saidina Omar Al Khatab.

✓ Pemerintah mukmin wajib untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan awam dengan cara yang segera dan baik.

✓ Mereka perlu menitik beratkan soal kehidupan rakyat. Itu adalah amanah yang diberikan Allah SWT kepada pemerintah.

✓ Sebagai rakyat orang mukmin hendaklah peka kepada hak mereka sebagai orang awam. Tuntut hak yang perlu diberikan oleh pihak berkuasa kepada rakyat. Jaga kesucian agama Islam dan kesejahteraan kaum mukminin.

✓ Sikap tawaduk merupakan sifat yang terdapat dikalangan para sahabat. Mereka mencontohi sifat tawaduk Rasulullah SAW.

✓ Akan masuk syurga orang yang tidak takabur, tidak mengkhianati dan tidak berhutang dengan orang lain.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914