Ustaz Shamsuddin 100319

Kuliah Subuh

✓ Orang yang beriman hendaklah mempunyai dua perasaan terhadap hubungan kita dengan Allah SWT

     • Mengharap akan rahmat, keampunan dan kasih Allah SWT
     • Takut akan kemurkaan NYA

✓ Bagi para solehin mereka mempunyai perasaan bahawa setiap situasi didalam hidup mereka terpaut didalam kekuasaan Allah SWT. Tidak dapat lari daripada kehendak NYA.

✓ Sebaliknya para solihin merasa rahmat Allah SWT itu tiada batasnya. Begitu luas sekali melepasi imaginasi fikiran manusia.

✓ Beriman kepada hari akhirat. Percaya yang satu hari kita akan berhadapan dengan Allah SWT serta diminta bertanggungjawab akan amalan hidup didunia ini. Percaya yang sekiranya amalan baik kita banyak daripada dosa maka dimasukkan ke dalam syurga. Sekira amalan jahat banyak daripada amalan baik maka akan dihumban kita kedalam api neraka.

✓ Bagi orang yang beriman dia akan merasa takut bila ia fikir akan hari akhirat. Timbul rasa panik jika dia termasuk didalam golongan ahli neraka.

✓ Kehidupan didunia ini banyak dugaan. Banyak jalan yang boleh membawa kita melakukan dosa terhadap Allah SWT. Sekiranya dosa dosa yang banyak itu tidak mendapat keampunan maka akan masuklah diri sebagai ahli neraka. Allah SWT akan murka kepada nya. Pasti merasa siksaan yang sakitnya tidak terperi.

✓ Orang beriman akan terdetik didalam perasaan nya satu harapan yang Allah SWT mengasihi nya walaupun dia tahu yang amalannya tidak banyak. Mengharap akan keluasan rahmat NYA. Agar dengan rahmat serta kasih sayang Allah SWT ia diberi pimpinan didalam hidup ini agar amalannya akan membawa kesyurga. Kejalan yang diredhai NYA.

✓ Lagi tinggi tingkatan iman seseorang itu akan lebih kuat perasan takutnya. Panik itu terkadang membuat ia menggigil apabila disebut akan kalimah Allah SWT. Para sahabat ada yang pengsan apabila mereka memikirkan akan hari akhirat. Cukup takut bagaimana hendak menjawab akan perbuatannya didunia ini.

Tetapi mereka tahu yang Allah SWT itu maha mengasihani. Maha pengampun. Maka didalam diri mereka ada pengharapan yang rahmat Allah SWT itu luas. Harap akan keampunan NYA. Menanggis apabila memohon keampunan dan pertolongan NYA.

✓ Didalam Islam prinsip imannya adalah yakin bahawa Allah SWT itu maha mengasihi dan maha penyayang. Sentiasa bersangka baik terhadap NYA.

✓ Yakin bahawa jika sesaorang itu menjalani hidupnya mengikut apa yang disyariatkan maka pasti diselamatkan Allah SWT daripada bencana api neraka. Hidup sesaorang itu hendaklah dijalani dengan apa yang dihukumkan NYA. Melakukan akan apa yang disuruh. Serta menjauhi akan apa yang dilarang.

✓ Islam itu adalah nikmat Allah SWT kepada hambaNYA. Iman dan Amal akan membuka perasaan harap serta takut kepada NYA. Tanpa Islam maka sesatlah hidup ini.

✓ Bagi sesaorang mukmin perlulah dia selalu mendoakan agar Allah SWT menguatkan iman kepada NYA. Merasa harap dan takut....

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914