Ustaz Firdaus 090319

Kuliah Subuh

✓ Peristiwa penting didalam sirah Rasulullah SAW adalah Hijrah. Perpindahan baginda daripada Mekah ke Madinah.

✓ Baginda SAW berpindah ke Madinah diatas perintah Allah SWT. Berkemungkinan Mekah sudah tidak selamat bagi nya. Serta Madinah merupakan tempat yang strategik untuk menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam.

✓Orang Arab Quraish yang kafir memang tahap permusuhan kepada baginda adalah tinggi. Sampai ke kemuncaknya dimana mereka hendak membunuh Baginda.

✓Surah Yassin ayat 9

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ


Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat


✓ Orang Kafir merancang untuk membunuh Rasulullah SAW tetapi  Allah SWT juga merancang. Rancangan Allah SWT lebih hebat daripada rancangan manusia.

✓ Pada permulaan hijrah Baginda SAW beserta dengan Saidina Abu Bakar menuju ke gua Thuur. Didalam gua tersebut mereka bersembunyi selama tiga malam.

✓ Surah Atau Taubah ayat 40

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

✓ Setelah orang kafir menyedari yang
Rasulullah SAW telah meninggalkan bandar Mekah. Pemimpin mereka menyatakan kepada pengikutnya agar mengejar Muhammad. Siapa yang dapat menawannya hidup atau mati akan diberi hadiah sebanyak 100 ekor unta.

✓ Asma' anak perempuan Saidina Abu Bakar membantu Rasulullah SAW dan Abu Bakar dengan membawa makanan ketempat persembunyian baginda.

✓ Selain daripada Asma' ada beberapa belia yang juga membantu baginda semasa berhijrah. Jasa mereka besar kepada perjuangan Islam.

✓ Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914