Ustaz Ghazali Omar 130319

Kuliah Maghrib

✓ Para alim mengajar ilmu nya serta memperaktikan ilmu dan amalan tersebut. Mereka telus didalam amalannya. Inilah ulama' yang menjadi pewaris nabi.

✓ Sebaliknya alim yang tidak mengamalkan ilmunya perlulah kita berwaspada. Apatah lagi jika ia mengkompromikan hukum hakam mengikut kehendak golongan yang tertentu.

✓ Ulama' yang sebenarnya tidak sombong dengan ilmu dan kedudukan nya. Dia takut dengan kemurkaan Allah SWT. Kehidupan nya adalah dengan zuhud. Mereka menggunakan hartanya kejalan agama. Membina masjid dan madrasah.

✓ Para alim hendaklah menasihati orang ramai. Mengajak orang ramai melakukan ibadah dan perkara yang baik. Serta melarang orang ramai daripada melakukan maksiat.

✓ Para alim juga seorang Yang wara'. Bila bercakap ia tenang. Sekira diminta mengulas sesuatu peristiwa, dia akan mengumpulkan maklumat yang benar. Dia jauhkan dari sikap yang gopoh gapah menuduh orang lain tanpa diperiksa.

✓ Alim ulama' perlulah berterus terang didalam sesuatu isu berdasarkan asas ilmu. Jangan dipusingkan fakta untuk keuntungan dunia.

✓ Orang yang berilmu hendaklah berlembut dengan orang orang miskin. Jangan menumpukan perhatian kepada orang orang kaya dan yang berkedudukan sahaja.

✓ Sekiranya dia mengambil sesuatu kedudukan, seperti menjadi menteri adalah kerana untuk menegakkan hukum Allah SWT.

✓ Terkumpul didalam akhlak mereka perkara yang baik baik sahaja.

✓ Orang alim yang bertakwa akan mendapat ganjaran amalan solehnya serta amalan soleh orang orang yang mengikutinya.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914