Ustaz Ghazali Omar 050318

Kuliah Maghrib

✓ Orang alim yang suka menipu orang adalah daripada golongan syaitan.

✓ Mereka suka mereka reka akan hukum hakam untuk keuntungan sendiri.

✓ Mengajar orang yang kurang pengetahuan didalam bab fiqah cara cara untuk mengelak daripada membayar zakat.

✓ Orang yang sedemikian mendapat celacaan daripada Allah SWT

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَاراً بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (QS: Al Jumu'ah [62]: 5).

✓ Alim ulama' yang disukai oleh orang mukmin akan dibenci oleh orang kafir. Dan sebaliknya ada Alim ulama' yang disukai oleh orang kafir akan dibenci oleh umat mukmin.

✓ Dizaman Rasulullah SAW ada orang yang munafiq. Maka dizaman ini juga orang yang munafiq. Ada munafiq yang digelar ustaz.

✓ Dalam sejarah moden terdapat ulama' yang diupah oleh penjajah kafir. Di India semasa zaman penjajahan Inggeris, diupah seorang ulama yang memutar belitkan akan fakta hukum hakam agama Islam. Sehingga dia sanggup mengaku diri nya seorang Nabi. Itulah dia pengasas ajaran Qadiani.

✓ Ada orang alim yang menasihati orang awam melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang mukmin. Contohnya memakai pakaian yang dibuat qdaripada sutera. Memakai rantai tangan sepertimana yang dipakai oleh kaum hawa.

✓ Dari Abu Musa al-Asy'ari رضي اللَّه عنهُ, katanya: "Rasulullah صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم. bersabda:

"Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah jeruk utrujah, baunya enak dan rasanya pun enak dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzhalah, tidak ada baunya dan rasanyapun pahit." (Muttafaq 'alaih)

✓ Ada orang yang berlatar belakang pendidikan agama tetapi hidupnya jauh dari amalan agama. Berkemungkinan niat semasa mempelajari agama itu bukan kerana Allah SWT, tetapi untuk glamornya sahaja.

✓ Wassalam




Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914