Ustaz Hazaman 310319

Kuliah Maghrib

✓ Rasulullah SAW membawa rahmat kepada seluruh umat manusia. Secara khusus orang orang mukmin. Terutama kaum mukmin dinegara ini. Jadi pengorbanan dan usaha gigih Baginda kita hari ini menjadi orang yang beriman.

✓ Perlulah orang beriman menghormati Baginda dengan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Rasulullah SAW.

✓ Surah Al Isra' Ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

✓ Satu mukjizat Rasulullah SAW adalah  Isra' dan mikraj yang termaktub didalam ayat AL Quran seperti diatas. Yang terjadi pada 27hb Rejab. Tahun baginda kehilangan orang tersayang iaitu isterinya Saidatina Khadijah dan Bapa Saudaranya Abu Talib.

✓ Perjalanan Rasulullah SAW Didalam peristiwa Isra'dan mikraj menunjukkan kekuasaan Allah SWT.  Oleh sebab itulah diawal ayat Al Isra' 1dimulai dengan  Maha suci Allah...

✓ Pengajaran bagi orang yang beriman apabila menemui satu kejadian yang hebat hendaklah mengucapkan Subhanallah!

✓ Orang beriman juga disarankan agar memperbanyakkan amalan beristighfar.

✓ Didalam peristiwa Israk dan Mikraj baginda melalui berbagai peristiwa. Dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian dinaikkan ke langit. Baginda menaiki kenderaan satu makhluk bernama Buraq.

✓ Pelajaran yang diambil daripada peristiwa ini adalah kepentingan bersolat. Jangan meninggalkan solat. Bersihkan diri sebelum solat. Mengerjakan solat dengan penuh tertib. Khusyuk didalam solat dengan penuh penghayatan.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914