Ustaz Shukri 090319

Kuliah Maghrib

✓ Kubur adalah tempat yang mengerunkan bagi orang yang beriman. Kerana kita tidak tahu sama ada diterima amalan kita.

✓ Sebagai manusia yang biasa tidak terlepas daripada berdosa. Harapan yang ada adalah jalan bertaubat dengan bersungguh- sungguh. Semoga Allah SWT menerima taubat kita serta mengampunkan segala dosa dosa yang dilakukan.

✓ "Dari Anas bin Malik beliau berkata: Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
"Andai kalian tahu apa yang aku tahu, niscaya kalian kan sedikit tertawa dan banyak menangis"
[HR Bukhari dan Muslim]

✓ Orang yang banyak sangat dosanya akan menjadi keras hatinya. Hidupnya semata mata untuk bersemangat didunia ini. Tidak langsung memikirkan akan hak akhirat. Nanti diakhirat nanti akan akan menimpa keatas mereka kesalan yang tak terhingga.

✓ Bagi orang yang beriman hendaklah mengikut jalan orang orang yang soleh

✓ Apabila berdepan dengan sakaratul maut orang yang beriman akan menghadapi saat kematian dengan tenang. Walau bagaimanapun tetap juga dia menghadapi kesakitan ketika menghadapi maut. Para sahabat baginda pun menghadapi kesakitan ketika berhadapan dengan sakaratul maut

✓ Ucapan kalimah lailahaillallah dapat menyelamatkan diri kita ketika menghadapi sakaratul maut. Oleh demikian banyakkan menyebut ketika kita sihat.

✓ Wassalam










Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914