Ustaz Mohd Sulaiman 290919
Kuliah Maghrib ✓ Para sahabat Rasulullah SAW semasa Baginda memberi khutbah mereka menghadapkan muka kepada nya. Memberi tumpuan yang sepenuhnya. Sebab itulah khutbah Baginda memberi kesan keatas jiwa para sahabat. ✓ Pada hari Qiamat Iblis akan berkhutbah kepada pengikutnya. Seperti dinyatakan didalam Surah Ibrahim ayat 22 & 23. 22. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang me...