Ustaz Tengku Syahibuddin Acheh 260919

Kuliah Maghrib

✓ Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian

✓ "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." (QS. Ali Imran: 185).

✓ Orang yang beriman diminta memperbanyakkan mengingati kematian. Cukuplah mati itu menjadi pengingatan kepada diri kita.

✓ Orang yang banyak mengingati mati adalah orang yang pandai. Sebab  orang itu yang mengetahui bahawa mati itu adalah benar. Dan dia juga yakin yang mematikan itu pun wujud. Kematian ini hanyalah satu akhiran kehidupan didunia ini sahaja, kemudian ada lagi kehidupan yang lain selepas mati.

✓ Orang yang beriman tahu bahawa hidup ini adalah singkat. Maka hendaklah disegerakan melakukan kebajikan. Kerana ia tidak tahu bila dia akan mati. Maka perlulah setiap orang beriman mempersiapkan hidupnya dengan amalan yang sebanyak yang mungkin sebelum datangnya mati.

✓Bagi orang yang sedar yang kematian itu datang pada bila-bila masa. Segeralah dia bertaubat akan segala kesalahan dan kesilapan yang lampau. Ini merupakan satu kemuliaan.

✓ Tetapi bagi orang yang terlalu sibuk dengan hal ehwal duniawi, dia leka akan kematian. Jadi dia jarang memohon taubat akan segala dosanya. Ini adalah satu kecelakaan. Adakah Allah SWT telah melupai nya.

✓ Kesihatan yang tidak baik itu merupakan tanda awalan yang kematian itu sudah dekat. Itu merupakan yang kematian telah dekat. Tanda rambut beruban juga merupakan tanda awalan.

✓ Orang yang banyak mengingati mati adalah orang yang mempunyai sikap Qana'ah didalam hatinya.

✓ Mengingati mati juga akan membuat sesaorang itu memperbanyakkan amal ibadah. Semangat untuk melakukan amalan untuk bekalan hidup sesudah mati.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809