Ustaz Mohd Sulaiman 290919

Kuliah Maghrib

✓ Para sahabat Rasulullah SAW semasa Baginda memberi khutbah mereka menghadapkan muka kepada nya. Memberi tumpuan yang sepenuhnya. Sebab itulah khutbah Baginda memberi kesan keatas jiwa para sahabat.

✓ Pada hari Qiamat Iblis akan berkhutbah kepada pengikutnya. Seperti dinyatakan didalam Surah Ibrahim ayat 22 & 23.

22. Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

23. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.

✓ Orang yang beriman perlulah selalu berfikir tentang hari akhirat. Membuat persiapan yang sebaiknya untuk kesana. Janganlah terlalu mencintai kehidupan didunia yang sementara, tetapi lupa akan nasib kita di akhirat.

✓ Dihari akhirat tidak ada lagi kematian. Kematian ini hanya semasa didunia sahaja. Diakhirat nanti kematian itu akan dimatikan Allah SWT. Maka gunakan masa didunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh supaya apabila kita mati maka cukuplah bekalan untuk dibawa kehidupan yang tidak ada kematian lagi.

✓ Janganlah mati didalam keadaan tertipu oleh iblis dan syaitan. Mereka menipu kita semasa didunia ini. Dengan berbagai godaan dan keadaan sehingga kita lupa kepada Allah SWT. Nanti diakhirat iblis akan berucap kepada pengikutnya seperti ayat diatas.

✓ Semasa hidup didunia yang sementara ini perlulah kita menjalankan akan perintah Allah SWT. Maka yakinlah bahawa Allah SWT akan menjaga kita.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809