Ustaz Abu Maryam Azri 270919

Kuliah Maghrib

✓ Fiqh Sirah merupakan bidang ilmu yang penting. Ia dapat membentuk hati mukmin yang membolehkan sesaorang itu memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya.

✓ Ada musuh Rasulullah SAW Yang memutar belit kenyataan mengenai baginda untuk mengelirukan umat Islam. Oleh kerana ramai orang mukmin tidak mendalami fiqh sirah maka senang ditipu.

✓ Diwaktu kewafatan anak Rasulullah SAW, Ibrahim terjadi gerhana bulan. Oleh kerana ramai para sahabat sebelum Islam ini orang kafir yang mempercayai khurafat maka mereka mengaitkan kematian Ibrahim dengan gerhana. Rasulullah SAW memanggil para sahabat dan bersembahyang sunat gerhana. Ini untuk menutup pintu syirik.

✓ Saidina Omar pernah menyatakan kepada batu Hajar Aswad bahawa kalaulah dia tidak melihat Baginda Rasulullah SAW menciumnya maka dia tidak akan melakukannya. Tapi hari ini ramai orang yang mengagungkan batu batu, kononnya ia ada kuasa untuk memberi manfaat.

✓ Rasulullah SAW pernah ditegur Allah SWT kerana dia menyatakan yang dia tidak akan bersama dengan salah seorang isterinya. Turun ayat Quran yang menegur Rasulullah SAW kenapa dia mengharamkan perkara yang halal.

✓ Jadi mengharamkan yang halal itu satu kesalahan. Hari ini ramai orang yang mengharamkan perkara yang halal didalam media sosial. Menyatakan sesuatu produk haram walaupun kesahihannya tidak ditentukan.

✓ Begitu juga semasa Rasulullah SAW melakukan umrah. Rasulullah SAW hanya melakukan sekali sahaja. Saidina Aisyah semasa itu tidak suci. Selepas dua suci dia meminta kebenaran daripada baginda untuk menunaikan umrah. Diizinkan serta ditemani oleh saudara kandungnya. Yang melakukan umrah hanya Aisyah seorang.  Saudara nya tidak kerana dia telahpun melakukannya. Ini mengikut sunah Rasulullah SAW. Hari ini kita menunaikan umrah berulang-ulang kali. Mengikut kah cara Rasulullah SAW?

✓ Rasulullah SAW melarang para sahabat mencela orang yang sudah mati, walaupun Abu Jahal. Hari ini ramai kita mencela sesaorang yang membuat jahat setelah dia mati. Ini bukan cara baginda.

✓ Penting memahami sirah nabi. Kerana ia membuat kehidupan kita dipandu. Rasulullah SAW adalah manusia yang teragung. Maka hendaklah seseorang mukmin mempelajari sirah baginda.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809