Ustaz Azman 150919

Kuliah Subuh

✓ Sesaorang mukmin yang bertawakal kepada Allah SWT ia akan diberi jalan keluar dari apa jua kesusahan. DIA juga akan mencukupkan apa kekurangan hambaNYA.

✓ Tawakal adalah cara berfikir sesaorang yang beriman. Kita pasrah kepada Allah SWT. Sebagaimana orang yang telah mati menyerah dirinya kepada tukang mandi. Semasa itu dia tidak boleh berbuat apa- apa.
Begitulah sesaorang hamba tidak boleh buat apa-apa jika Allah SWT mengkehendaki sesuatu kepadanya. Dia menyerah diri nya kepada Allah SWT kerana ia yakin bahawa dirinya akan didalam keadaan sejahtera. Yakin kepada NYA.

✓ Para ulama' menyatakan apabila hamba NYA menyerah diri, Allah SWT yang maha mengasihani tidak akan menjerumuskan hamba NYA kedalam kebencanaan.

✓ Sesaorang yang bertawakal dia akan menyerah dirinya kepada apa sahaja kehendak Allah SWT. Redha akan apa sahaja ketentuan NYA.

✓ Tawakal tidaklah menyerah tanpa usaha dan ikhtiar. Bila seseorang yang beriman itu sakit maka perlulah dia berusaha mencari ubatnya. Ikhtiar agar kita berubat dengan doktor yang mahir dibidangnya. Selepas itu berdoalah kepada Allah SWT. Lepas itu  bertawakal  kepada NYA dengan yakin.

✓ Adakalanya para ulama' memperhatikan bahawa ada orang yang bertawakal tanpa usaha. Perbuatan itu tidak tepat akan kehendak bertawakal. Ada orang yang melakukan sebaliknya. Dia terlalu berusaha. Terlebih hingga tidak yakin akan pertolongan Allah SWT.

✓ Apabila kita berusaha maka putuskan usaha itu dengan bertawakal kepada Allah SWT.  Jangan kita yakin bahawa usaha kita yang membawa kesejahteraan atau kejayaan. Itu bukan lagi bertawakal. Yang sebaiknya selepas kita berusaha, kesudahannya apa sahaja hasilnya adalah diatas kehendak Allah SWT.

✓ Apabila kita sakit maka yang lazimnya kita akan berusaha mencari ubatnya. Maka apabila kita telah pulih daripada sakit itu maka kita kena yakin bahawa pulihnya kita bukan kerana ubat itu tetapi kerana ketentuan Allah SWT. Perlulah bersyukur kepada NYA.

✓ Orang yang beriman akan menyerahkan dirinya kepada ketentuan Allah SWT. Berusaha akan apa sahaja yang dihajati. Apa sahaja usaha untuk menyempurnakan sebabnya dilakukan dengan baik. Selepas itu hilangkan sebabnya daripada fikiran kita. Redha diatas ketentuan NYA.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809