Ustaz Hubain 160919

Kuliah Subuh

✓ Umat Islam menyambut maal hijrah pada 01 Muharram. Tahun Islam mula digunakan pada masa Khalifah Saidina Omar. Takwim juga disusun bulan dan hari. Sehinggalah hari ini. Bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat pada umat Islam 1441 tahun dahulu sehingga hari ini.

✓ Segala amalan kebajikan diwajibkan oleh Allah SWT, bukan lah kerana DIA memerlukannya. Tetapi amalan amalan tersebut adalah untuk manusia itu sendiri. DIA maha kaya, tidak perlu akan apa apa pun daripada sesiapa pun.

✓ Amalan berzikir dan berselawat adalah untuk kebajikan manusia. Ia merupakan satu amalan yang dilakukan kesyukuran kita kepada Allah SWT.

✓ Kejadian manusia didunia ini adalah sebagai khalifah. Ini diperintahkan Allah SWT. Sebelum dijadikan manusia, dunia ini didiami oleh para jin. Mereka telah melakukan kerosakkan dimuka bumi ini. Setelah dijadikan manusia Allah SWT meminta para malaikat sujud pada Nabi Adam. Mereka lakukan tetapi Iblis enggan. Ia adalah daripada golongan jin. Nabi Adam diturunkan kedunia ini adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai khalifah.

✓ Sebagai seorang mukmin, perlulah bersyukur kepada Allah SWT diatas segala anugerah kepada kita didunia ini. Bersyukur merupakan amalan yang disukai Allah SWT. Ganjaran yang banyak dianugerahkan kepada orang-orang yang bersyukur.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809