Ustaz Abdul Halim 210919

Kuliah Subuh

✓ Menjadi kewajiban bagi sesaorang mukmin menasihati orang lain untuk melakukan kebajikan dan menjauhkan dari kemungkaran.

✓ Apabila berhadapan dengan orang yang suka melakukan maksiat maka perlulah sesaorang yang beriman menasihatinya.

✓ Jangan lah diherdik dan memakinya. Bersyukur kepada Allah SWT akan rahmat hidayah kepada kita. Tidak menghukum orang lain mengenai boleh ke tidak boleh dia memasuki syurga atau neraka.

✓ Syurga dan neraka adalah hak  Allah SWT. Sesaorang itu memasuki syurga bukan kerana amalannya. Masuk kedalam syurga adalah kerana rahmat Allah SWT.

✓ Setelah menasihati sesaorang itu, perlulah diiringi dengan doa kepada Allah SWT. Mohon pertunjuk dan hidayah daripada NYA. Agar dijauhi daripada perbuatan syirik dan derhaka kepada kedua orang ibu bapa.

✓ Rahmat Allah SWT keatas manusia tidak dapat dihitung. Dari awal ciptaan nya manusia telah mendapat rahmatullah.

✓ Diriwayatkan bahawa semasa ditiupkan roh kedalam jasad Nabi Adam perkara pertama yang dilakukan adalah bersin. Setelah dia bersin, Nabi Adam mengucapkan Alhamdulillah. Allah SWT menjawab yarhamukallah.

✓ Bersin merupakan rahmat Allah SWT. Walaupun kecil tetapi nikmatnya adalah besar bagi kesihatan manusia

✓ Begitu jugalah rahmat Allah SWT kepada manusia yang berjihad kerana mempertahankan agama NYA. Ganjaran yang diberikan kepada mereka yang mati syahid tidak dapat dibayangkan oleh fikiran. Diriwayatkan nikmat syurga yang diberikan kepada para syuhada teristimewa sekali.

✓ Melalui Al Quran dan hadith, orang beriman telah diberitahu akan kepentingan berjihad diatas jalan Allah SWT. Lipatan sejarah telah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat berjihad untuk mempertahankan agama NYA. Ramai yang syahid. Mereka ini yakin akan rahmat Allah SWT.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809