Ustaz Rahmatullah 020919

Kuliah Maghrib

✓ Rahmat tidur yang dianugerahkan Allah SWT adalah satu nikmat. Bayangkan hidup kita jika tidak dapat tidur. Banyak masaalah.

✓ Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai nikmat untuk manusia. Dijadikan malam untuk berehat dan pada siang hari bekerja mencari rezeki.

✓ Bagaimana dengan orang yang bangun sembahyang malam. Imam Ghazali menasihatkan untuk senang bangun malam...
• Jangan makan terlalu banyak waktu malam
• Tidak bekerja terlalu kuat disiang hari.
• Khalilullah, adalah tidur sekejap disiang hari. Tidur sebentar disiang hari. Pengkaji mendapati banyak faedah dari segi kesihatan kepada sesiapa yang tidur sekejap disiang hari.
• Tidak melakukan perkara perkara yang haram disiang hari.
• Kuatkan keyakinan bahawa solat malam itu banyak fadhilat.

✓ Sebelum tidur perlulah melakukan perkara-perkara ini supaya senang bangun malam...
• Berwuduk sebelum tidur
• Tidur mengiring ke kanan
• Sucikan hati daripada permusuhan
• Tunaikan amanah
• Jangan tidur ditempat tidur yang terlalu mewah
• Tidur apabila mengantuk

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809