Ustaz dari Darul Quran Alor Setar 170919

Kuliah Maghrib

✓ Apa sahaja kebajikan yang kita lakukan adalah kerana atas ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak kerana rahmat NYA belum tentu kita dapat mengerjakan kebaikan.

✓ Setiap kebajikan yang kita kerjakan perlulah diiringi dengan doa. Agar Allah SWT melindungi kita dari perkara yang tidak baik. Serta bersyukur akan nikmat NYA.

✓ Daripada Umar r.a. katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w.

Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat-Nya. Dia berkata: Benarlah engkau!

Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.

(HR. Muslim)


✓ Orang yang beriman yakin kepada Allah SWT. Bahawa jika kita menjalankan kewajiban kepada Allah SWT maka akan dicukupkan keperluan kita.

✓ Menyaksikan dengan sungguh sungguh bahawa Allah SWT itu maha esa. Dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh NYA.

✓ Apa sahaja yang diperintahkan untuk dilakukan maka hendak kita lakukan. Dan apa yang dilarang maka kita hindari. Ikut contoh perbuatan Baginda Rasulullah SAW.

✓ Saorang mukmin diwajibkan mendirikan solat. Sekira dijalankan sebagaimana dikehendaki syarak maka akan terhindarlah perkara yang mungkar.

✓ Apabila cukup haulnya maka dikeluarkan zakat daripada harta yang dimilikinya.

✓ Semasa hidup diatas dunia setiap insan bertanggungjawab menjalankan perintah Allah SWT. Sekiranya jika kita tidak menjalankan ibadah janganlah mengharap ganjaran daripada Allah SWT.

✓ Orang mukmin juga diperintahkan berpuasa didalam bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Mekah.

✓ Bersedekah adalah sesuatu yang digalakkan pada orang beriman melakukan. Ganjaran Allah SWT diberikan kepada sesiapa yang ikhlas.

✓ Orang yang beriman hendaklah berlapang dada dengan ketentuan dan kehendak Allah SWT. Yakin bahawa DIA berkehendakkan yang baik kepada hamba NYA.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809