Ustaz Yusof 010919

Kuliah Subuh

✓ Masyarakat dinegara ini telah merdeka daripada penjajah sudah 62 tahun. Tetapi ada perkara yang berlaku didalam masyarakat yang negatif. Lebih buruk daripada sebelum merdeka.

✓ Ekonomi negara berkembang baik. Tetapi hingga ke hari ini pembahagian kemewahan negara tidak seimbang. Dikuasai oleh satu kaum tertentu sahaja.

✓ Semasa dihari menyambut pengisytiharan merdeka pada tahun 1957, doa yang dibacakan....


Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

 

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

✓ Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 melalui buku judul How Islamic are Islamic Countries? oleh Prof. Hossein Askari dan rakannya Scheherazade S. Rehman, pensyarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa Universiti George Washington telah mengkaji dan mengukur Indeks keIslaman negara-negara yang mendeklarasikan sebagai negara Islam, khususnya pada penerapan prinsip-prinsip Islam.


            Menarik dan kontroversinya ialah negara paling tinggi ukuran Indeks KeIslamannya ialah Ireland, Luxembourg dan New Zeland manakala kedudukan pertama Negara Islam majoriti ialah Malaysia dengan kedudukan 33.


Dalam kedudukan Indeks Ekonomi KeIslaman, kedudukan pertama ialah New Zealand diikuti oleh Luxembourg, Ireland, Iceland, Finland, Denmark, Kanada, United Kingdom, Australia dan  Belanda. Kedudukan pertama Negara Islam majoriti ialah  Malaysia (38)  dan Kuwait (48).


Kehebatan negara-negara Barat menjadi penarik utama para pemuja Barat untuk mewujudkan suasana 'Budaya Barat' di negara-negara Umat Islam. Antara nilai-nilai Islam yang dikatakan diamalkan oleh Barat ialah

1. Good Governance (Urus Tadbir Kerajaan yang Baik)

2. Demokrasi

3. Kebersihan

4. Hak Asasi Manusia

5. Cinta Alam Sekitar

7. Keadilan Sosial

8. Hak Bersuara

9. Ketelusan

✓ Masyarakat yang merdeka perlulah mempunyai budaya yang tamadun. Sebagai mukmin hendaklah melaksanakan nilai islamik. Perlulah menzahirkan segala ajaran Al Quran Didalam kehidupan harian.

✓ Masyarakat muslim dinegara ini hendaklah menilai semula akan pencapaian dari berbagai aspek selepas merdeka pada tahun 1957 hinggalah ke hari ini. Dari aspek undang-undang, ekonomi, politik, dan sosial.

✓ Sebagai seorang mukmin perlulah berusaha agar diri kita dan masyarakat kembali kepada Islam. Mempraktikkan ajaran Al Quran dan Sunnah.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809