Ustaz Luqman Daud 150919

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman hendaklah sentiasa berada diatas jalan keredhaan Allah SWT. Itu merupakan jalan keampunan NYA.

✓ Manusia yang tidak mahu memohon keampunan daripada Allah SWT merupakan orang yang derhaka.

✓ Didalam AL Quran tersebut kisah Firaun. Manusia yang sombong kepada Allah SWT. Tidak mahu memperakui Allah SWT itu adalah tuhan yang satu. Walaubagaimanapun diakhir hayat nya Firaun juga mengaku akan ketuhanan Allah SWT.

✓ Untuk kembali kepada keampunan Allah SWT ada dua jalan. Jalan fitrah dan jalan ikhtiar.

✓ Jalan fitrah adalah jalan yang dilalui oleh semua manusia. Tua itu adalah hakikat kepada semua manusia. Sekira nya tiada ada ketuaan maka manusia akan sombong, kerana dimasa muda khutrat nya kuat. Selalunya orang muda tidak ingat akan akhirat, kerana dia rasa mati itu lambat lagi. Apabila tiba tua, maka manusia sedar bahawa hayatnya dan khudratnya sudah sampai ke hujungnya. Nafsunya mula berkurangan. Allah SWT jadikan tua untuk manusia mempersiapkan diri untuk menemui mati.

✓ Allah SWT membenci dengan orang tua yang masih melakukan dosa yang berterusan. Takutlah tak kala dipanggil pulang kepada NYA kita masih leka dengan dunia. Tidak mempercukupkan bekalan untuk menghadapi maut.

✓ Mati juga merupakan fitrah Allah SWT. Tanpa mati akan rosaklah dunia ini. Manusia akan jadi jahat. Maksiat akan menjadi jadi kerana manusia tidak takut. Oleh kerana manusia takut kepada mati maka ramai manusia melakukan kebajikan. Takut kepada Allah SWT. Takut akan siksaan akhirat. Takut siksa kubur. Takut kepada siksaan api neraka.

✓ Tetapi ramai orang yang tidak suka mendengar akan kematian. Malah walaupun pihak masjid menyediakan berbagai kemudahan tetapi pengajian bab mati dan persiapan untuk menghadapinya kurang mendapat sambutan.

✓ Jalan kerumah Allah SWT adalah jalan dimana pengampunan NYA itu akan lebih mudah. Setiap langkahnya ke masjid akan mendapat ganjaran dan keampunan. Semasa didalam masjid didoakan oleh para malaikat. Didalam majlis ilmu maka ia akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Malah lebih lagilah ganjaran bersolat didalam Masjidil Haram di Mekah Mukarramah.

✓ Beristighfar setiap hari. Bacalah tiga kali selepas solat. Tiga kali istighfar sebelum kita tidur.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809