Ustaz Nizam UIA 070919

Kuliah Subuh

✓  Ahli Sunnah Waljamaah merupakan pegangan ramai umat Islam pada ketika ini. Satu perkara penting bagi orang beriman ialah mengikut cara Rasulullah SAW. Itibaq Nabiullah.

✓ Bagi orang Islam Yang berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah menghormati para sahabat baginda. Malah apabila nama mereka disebut akan diiringi doa Radhiallah  Huanhu. Berlainan dengan golongan Syiah yang melaknat para sahabat setelah kewafatan Rasulullah SAW.

✓ Orang yang beriman hendaklah mengikut cara Rasulullah SAW. Apa yang dilarang baginda ada yang hukumnya haram atau makruh. Ada yang wajib ada yang sunnat. Para alim ulama' telahpun menetapkan hukum tersebut.

✓ Bagaimana hukumnya sesaorang mukmin melakukan amal yang tidak ada riwayat. Contohnya doa akhir tahun. Amalan itu tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah melakukannya. Terdapat beberapa pendapat yang perkara itu tidak boleh diamalkan. Tetapi ada yang menyatakan bahawa berdoa itu tidak salah. Kerana ianya bukan perkara haram atau wajib. Berdoa pula adalah satu amalan yang diminta oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

✓ Orang awam yang hendak mengikut cara Rasulullah SAW Perlulah merujuk kepada pandangan para ulama' Jangan terlalu 'rigid'.

✓ Ada amalan Baginda yang dapat dilakukan. Ada juga amalan baginda yang ramai ta' mampu melakukannya. Contohnya baginda apabila melakukan sembahyang sunnat malam membaca surah-surah dengan panjang dan lama. Ada juga amalan baginda berpuasa sunat yang melebihi beberapa hari barulah baginda berbuka. Tetapi Baginda tidak mengizinkan para sahabat berpuasa caranya.

✓ Bagi orang yang beriman Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling baik sekali diantara semua manusia yang diciptakan. Inikah pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.

✓ Ijmak ulama merupakan kesepakatan para ulama'didalam mengikut sunnah Rasulullah SAW.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809