Ustaz Zaki 200919

Kuliah Maghrib

✓ Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah merupakan satu-satunya yang mengikut sunnah Rasulullah SAW dengan sepenuhnya.

✓ Fahaman kumpulan Syiah itu tidak mengikut cara Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Malah mereka melaknat ramai para sahabat.

✓ Pegangan orang liberal juga bertentangan dengan cara Rasulullah SAW dan para sahabat. Membenarkan wanita menjadi iman kepada makmum kaum lelaki. Ini bertentangan dengan syariat.

✓ Amalan kumpulan yang bertentang dengan akidah Islam itu jauh terpesong daripada apa yang disampaikan baginda Rasulullah SAW.

✓ Orang yang beriman hendaklah jelas akan pegangan akidah Ahli Sunnah Waljamaah serta fiqah mahzab yang tersohor. Serta beramal dengan fiqah tersebut.

✓ Mengikut sejarah kumpulan Ahli Sunnah Waljamaah ini muncul setelah 270 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Waktu itu terlalu banyak kumpulan sesat yang tersimpang jauh daripada ajaran Baginda. Kemunculan Sunnah Waljamaah ini untuk membawa orang mukmin kembali kepada ajaran Islam yang benar dan suci. Perjuangan mereka telah menyelamatkan akidah umat Islam yang majoriti.

✓ Orang yang beriman perlulah berusaha menimba ilmu yang secukupnya supaya akidah nya kuat dan tidak goyang imannya. Ilmu Quran dan Hadith, Sejarah Muslimin, Budaya dan Bahasa Arab. Serta berusaha memperbaiki akhlaq yang baik. Zuhud didalam kehidupan. Bermujahadah didalam melaksanakan ajaran Islam.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809