Ustaz Shamsuddin 210919

Kuliah Subuh

✓ Orang alim mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Mereka berusaha untuk mempertingkatkan amalan soleh kerana hendak mendapat keredhaan Allah SWT. Sehingga ada diantara mereka mencapai makam waliullah.

✓ Waliullah pun ada berperingkat. Yang baru dianugerahkan dan yang sudah lama dianugerahkan Allah SWT. Boleh dikata wali itu ada yang 'senior' dan ada yang 'junior'.

✓ Ibnu Atiq'ullah menyatakan wali Allah yang senior dianugerahkan Allah SWT dapat melihat alam malukut. Mereka juga dapat melihat/ tahu rahsia hati manusia. Wali yang junior juga dapat melihat alam malukut. Tetapi dia tidak dianugerahkan kebolehan mengetahui rahsia hati orang lain. Ini lah kerana wali yang senior dapat menyimpan rahsia orang lain. Mereka mempunyai akhlak kasih sayang kepada manusia yang tinggi kerana Allah SWT.

✓ Wali yang senior mempunyai akhlaq yang tinggi. Sifat kasih sayang mereka ini tinggi. Rasa kasih sayang terhadap manusia itu membuat mereka ini amanah akan rahsia orang lain. Oleh kerana mereka dapat menyelami isi hati manusia yang lain jadi mereka juga tahu rahsia sesaorang itu.

✓ Akhlaq mereka yang amanah, pemaaf dan sentiasa kasih kepada manusia. Ini adalah kerana mereka mengikut contoh Rasulullah SAW dan para sahabat. Sikap memahami perasaan orang lain dan sikap amah mereka ini selalu memaafkan manusia lain.

✓ Contoh akhlaq para sahabat diambil sebagai pedoman para wali. Saidina Ali seorang Amirul mukminin yang mengambil berat akan keadaan orang bawahannya. Sifat kasih sayang nya kepada orang lain membuatnya disayangi orang lain.

✓ Sebagai seorang yang beriman, yang manusia awam sahaja, perlulah mempelajari akan sikap kasih sayang para wali. Memperaktikan sikap kasih sayang didalam kehidupan kita.

✓ Jadilah kita seorang yang pemaaf dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Ambillah contoh para  wali yang sentiasa mengasihi orang lain.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809