Ustaz Shuib 180919

Kuliah Maghrib

✓ Kesempatan melakukan kebajikan adalah satu Rahmat daripada Allah SWT. Tidak semua manusia berkesempatan melakukan amalan yang solih sebelum dipanggil pulang mengadap Allah SWT.

✓ Solat berjemaah merupakan satu amalan yang dituntut kepada orang mukmin yang lelaki. Amalan yang tidak ditinggalkan baginda Rasulullah SAW.

✓ Setiap manusia yang bukan maksum pernah melakukan dosa. Maka perlulah manusia yang sedar akan kesalahannya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT.

✓ Dihari akhirat kelak orang yang beriman mengharap akan keampunan atas segala dosa dosa mereka. Tidaklah mereka mahu dihari akhirat nanti bila dibentang amalanya dia bertengkar dan terkejut akan apa yang dilihatnya. Dia cuba berdaleh dengan Allah SWT. Pastilah mereka itu dimasukkan ke dalam api neraka.

✓ Golongan yang semasa didunia ini dia selalu datang masjid awal. Mereka diampunkan dosa.

✓ Ada yang datang ke masjid lewat sedikit, dia bermasmuk. Dia juga diampunkan dosa daripada Allah SWT.

✓ Ada juga yang sampai lewat dimasjid. Bila dia sampai solat telah selesai. Dia niat hendak berjemaah bila datang ke masjid. Dia juga dapat keampunan Allah SWT.

✓ Bergembiralah mereka yang Allah SWT panjangkan umur orang yang beriman. Umur yang panjang dihabiskan kearah beribadah kepada NYA.

✓ Orang yang berada didalam majlis ilmu akan mendapat ganjaran yang besar. Para malaikat akan mengerumuni para hadirin dengan penuh kerahmatan. Dihujani dengan rahmat kasih sayang Allah SWT. Diturunkan Sakinah kepada nya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809