Ustaz Firdaus 140919

Kuliah Subuh

✓ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Surah AL Ahzab ayat 21

✓ Rasulullah SAW mengingati umat mukmin agar menjaga ukhwah sesama mukmin. Memberi makan kepada orang yang memerlukan dan selalu mendirikan solat malam.

✓ Sebaik baik umat mukmin adalah generasi para sahabat. Merekalah contoh yang baik selepas Rasulullah SAW. Mereka yang paling banyak berbakti, paling dalam ilmunya, paling sedikit berbuat takaluf (memberatkan diri sendiri) iaitu tidak menambah apa apa pun didalam agama.

✓ Rasulullah SAW diMadinah membuat perbincangan dengan orang yang bukan Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai kedamaian bagi seluruh kawasan negara.yang akhirnya menjadi satu perjanjian piagam Madinah. Baginda tidak pun mengganggu cara hidup mereka. Begitu juga mereka juga jangan mengganggu kehidupan umat mukmin. Sekiranya ada musuh sama samalah mempertahankan negara. Masyarakat juga akan menjaga kesejahteraan negara

✓ Surah AL Haj ayat 39: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

✓ Ayat diatas memberi umat Islam di Madinah untuk berperang. Mereka tidak memulakan. Tetapi mereka dulu diganggu sebelum mereka bertindak balas. Peperangan pertama di Saiful Bahar dipimpin oleh Saidina Hamzah. Tetapi peperangan itu tidak terjadi.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809